Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan

Assalammualaikum. selepas solat di masjid negara semalam pada jam12 malam di dataran merdeka kuala lumpur. saya dan rakan harapkan ada yang menarik sebaliknya yang ada hanyalah mat rempit atau samseng jalanan yang membuat bising. Saya malu melihatkan anaak-anak melayu yang ada disitu bangsa lain tidak berkelakuan seperti itu.. adakakh itu cara anak muda sekarang menyambut kemerkdekaan??? hampa....dimanakah kesedaran mereka dan tiadakah semangat patriotik..dalam bulan ramadan ini sambutan kita jangan lah demikian itu lah INSAN...

Thursday, August 27, 2009

Cara membuat Kritikan Seni

assalamualaikum.

untuk belajar tentang kritikan terhadap sesuatu karya... firstly kena faham 4 step of evaluation and critism.

1. describe= huraian dan penyenaraian apa yang dilihat secara kasar (literal)

2. analysis= huraian apa yang dilihat dari aspek elemen dan prinsip seni reka yang digunakan oleh pengkarya dalam mengolah idea (rujuk balik bahagian describe)

3. interpretasi= membuat interpretasi berdasarkan describe dan analysis melalui pertanyaan = cth: untuk apa, bagaimana, kenapa

4. judgement= penilaian terhadap keberkesanan penggunaan elemen dan prinsip dalam karya tersebut dalam usaha pengkarya menyampaikan mesej.

untuk lebih detail.. rujuk buku Art talk

Monday, August 17, 2009

kritikan

Dikripsi, karya ini telah dihasilkan oleh Jaafar Taib yang bertajuk Unggas yang mengunakan media Arkrilik sebagai bahan untuk menghasilkan karya ini. Karya ini bertemakan Realistik dan ia telah dihasilkan pada tahun 2005. Karya ini merupakan koleksi peribadi pengkarya. Menunjukkan dua ekor burung hantu yang bertenggek di atas pelepah pokok sawit yang realistik catanya seolah burung betul apabila dilihat sepintas lalu. Warna alam seperti hijau, coklat ,dan kuning digunakan untuk menghasilkan persekitaran disekeliling burung hantu.
Analisa, teknik atau cara menyusun yang terdapat pada karya ini boleh dilihat amat baik dan imej fauna iaitu burung hantu yang menjadi subjek utama di dalam karya ini diletakkan di tengah catan ini. Cara gubahan atau reka letak ini telah menyebabkan unggas ini menonjol bagi menunjukkan ia adalah subjek utama kerana diletakan di hadapan. Garisan yang digunakan untuk menghasilkan daun sawit ini telah membentuk jalinan. Jalinan juga terdapat pada bulu apelepah pada sayap burung hantu. Dari segi pencahayaan pula cahaya ia dating dari hadapan kerana tiada bayang yang jatuh atau dapat dilihat. Dari segi bentul pula kesemuanya adalah bentuk organik seperti pada burung hantu dan fauna disekelilingya. Kesemua ini telah menunjukan karya ini realistik.
Interpretasi, tema ini dapat dilihat berdasarkan pengkarya cuba meletakkan unggas ini dalam kebanyakan karyanya dan ini adalah salah satu unggas yang telah dihasilkan dalam bentuk cantan. Dari tahun 1983 lagi pengkarya ini telah berusaha dalam keprihatinanya pada spesis unggas yang terdapat di Malaysia. Terdapat sekitar 650 spesis burung dan unggas di Negara ini semangat cintakan alam sekitar ini amat saya kagumi termasuklah estetika didalam karya beliau ini. Bagi saya didalam usaha meletakkan bentuk dan makna pada konteksnya sepatutnya pertimbangan dan penilaian dibuat dan funsi karya ini telah saya perolehi. Bagi saya kepentingan pada alam sekitar dan kesedaran pada penghayat mengenai spesis burung dan unggas yang terdapat di negar ini lebih terbuka bila melihat keindahan pada karya.
Pertimbangan, dari segi fomalismenya pada karya ini persekitaran nampak biasanya sahaja akan tetapi ia melihatkan harmoninya alam sekitar untuk menyampaikan mesejnya. Ekspresivisme karya ini dilihat lain dari lain kerana pengkarya telah merakamkan catanya di kawasan sebenar dan situasi ini tidak mudah diperolehi. Bagi saya karya ini Berjaya di dalam penympaian mesejnya.



Diskripsi, karya catan ini bertajuk Kampung Nelayan yang telah dihasilkan oleh Chuah Thean Teng dengan mengunakan media cat minyak. Karya ini telah menarik minat saya terhadap temanya iaitu batik dan tempatan. Secara ringkasnya dapat diperhatikan suasana perkampungan nelayan seolah yang terdapat di negeri Terengganu. Kawasan perumahan ini amat rapat antara satu sama lain. Pokok kelapa ditanam di sekitar kawasan perumahan ini. Di sebelah kiri dari pandangan pengkritik pula dapat dilihat sebatang pokok kelapa dan di sebaliknya pula ada kawasan pembuatan batik dijalankan. Perahu dan sampan juga dapat dilihat kawasan unjang.
Analisis, dari sudut pengolahan komposisi pula pandangan yang diambil boleh dikatakan diambil dari pantai. Dapat dilihat satu perkampungan nelayan dimana rumah dan pokok kelapa dapat dilihat serta kawasan perusahaan batik dan kawasan pantai dimana bot belabuh komposisinya boleh dilihat dari situ. Dari segi cahaya pula waktu siang dan malam dirakamkan berdasarkan rupa bulan dan matahari itu digabungkan dan satu imej sahaja. Ini supaya suasana perkampungan nelayan itu sendiri. Permukaan yang rata perspektif hadapan diambil oleh pengkarya. Jalinan boleh dilihat pada pohon kelapa. Karya ini bersifat tradisi dan aliran naturalistik.
Interpretasi, setelah mengenal pasti kandungan karya ini tema karya ini adalah batik dan tempatan. Ini dapat dijelaskan bahawa pengkarya ingin memberitahu kawasan kampung nelayan ini adalah kawasan dimana batik telah diusahakan dan merupakan aktiviti selain menangkap ikan. Perusahaan ini biasanya dijalakan oleh kaum wanita. Funsi karya ini amat jelas iaitu batik dan kawasan pantai. Ini memungkinkan saya membuat penilaian bahawa mood karya ini amat tenang dan tradisional. Berdasarkan latar yang digunakan dengan mengunakan cat minyak seolah teknik cracking digunakan dan suasana perkampungan ini dicanting.
Pertimbangan, yang boleh dibuat ialah karya ini dihasilkan oleh orang cina yang prihatin akan sosiobudaya dan kraf tempatan iaitu batik. Istrumentalisme pada karya ini menjadi madah bagi pengkarya untuk berkarya. Eskpresivisme karya ini menjadi luahan yang lain dari lain serta hasil yang kreatif berdasarkan kebekesanan karya sebagai suatu wadah atau alat didalam masyarakat tempatan di negara ini.




Dikripsi, karya ini bertajuk Rumah Rakit Sungai Pahang yang telah dihasilkan oleh Peter Harris seorang ahli Wenesday Art Group yang popular dengan mengunakan Gouche bagi mengantikan putih telur pada masa itu. Karya ini bertemakan realistik kerana merakan keadaan sebenar di sungai Pahang. Karya ini bersaiz 38.2cm x 48.2cm yang merupakan catan. Dapat dilihat perumahan rakit di Kuala Lipis yang diambil dari atas tebing. Teknik wash dan sapuan yang terkawal ini digunakan serta pengunaan warna yang tebal dari kebiasaanya. Karya ini telah dihasilkan pada tahun 1956.
Analisis, komposisinya diambil dari pandangan sebenar dan tidak boklh diubah reka letaknya ini menyebabkan pengkarya mengambil posisi ini untuk menghaslkan catanya. Pengunaan garisan tebal dan kasar boleh dilihat pada batang pohon yang terdapat diatas tebing sungai. Cahaya yang datang dari hadapan monokromatik kehijauan menunjukkan keindahan dan ketenangan alam semulajadi tempatan yang belum tercemar oleh arus pemodenan. Jalinan terhasil dari sapuan berus dan warna yang tebal boleh dilihat pada permukaan sungai. Karya ini bersifat tradisional dan realistik pada penghasillan catanya.
Interpretasi, karya oleh petter haris ini bertemakan realistik. Apa yang boleh menyokong peryataan ini ialah karya ini telah mengambarkan suasana sebenar yang diambil pada awal merdeka di Malyasia oleh seorang pelukis berbangsa barat yang mengambil berat akan suasana tempatan untuk dirakamkan di dalam karyanya. Ia menjadi realiti pada masa itu bahawa orang tempatan di negeri Pahang tinggal di sungai Pahang terutamanya diatas rumah rakit. Kerana sumber makanan dan bekalan air mudah diperolehi. Penilaian ini dibuat berdasarkan pengalaman saya yang lahir disitu.
Pertimbangan, Pandangan saya terhadap karya ialah ia menunjukan suasana perkampungan di sungai Pahang yang terpelihara dari pencemaran dan bersih dari kesibukkan kota. Keindahan dan harmoni penduduk disitu dirakam oleh Peter Harris. Ini menunjukan karya ini berjaya dalam menyampaikan perasaan dan mesej Peter Harris perhadap apa yang ingin beliau ingin rakamkan dan dikongsi untuk tatapan umum.

Creative Picture

design 4 mpp

design 4 mpp
explorasi buku

latihanku

latihanku
kelarai

anyaman

anyaman
work of art

alfa calour

alfa calour
warna

SENI OP

SENI OP
seni halus

KUbisme

KUbisme
pablo picaso....

new design

new design
for my blog

new design(under maintainance)

new design(under maintainance)
for my new web site

lama

lama
old

Anyaman

Anyaman

Anyaman

Anyaman
bakulku nak kene anta arinie.

Rekabentuk Industri

Rekabentuk Industri
RENDERINGKU

Rekabentuk Industri

Rekabentuk Industri
Rendering

speak english

speak english
4 mpp

speak english

speak english
4 mpp

banner

banner
4 mPp

design sem 1

design sem 1
logo

studio batik

studio batik
kenangan ku

arora ink_pain

arora ink_pain
grafik ink stail

MY List

Search What U Need